07 November 2015

Mr. Right Forever 27


Assalamualaikum/Salam Sejahtera semua rakan-rakan pembaca,

Selamat membaca sambungan seterusnya. Sekiranya ada kekurangan, bolehlah tinggalkan komen atau cadangan untuk penambahbaikan dalam penulisan Sha nanti. Semua komen atau cadangan amat Sha hargai dan terima kasih (in advance).
Enjoy reading ya…thank you.

Salam mesra,
Sha Hashim
8 November 2015

 @}-;--- @}-;--- @}-;---


RAINA memandang sahabatnya. Dia berasa pelik.

  ‘Tadi okay je, ni macam orang tak sihat pula. Kenapa yer?’ pertanyaan itu hanya bermain di fikiran Raina.

   “Jom,” ajak Rifqi.

            Sarah akur. Dia bangun mengekori langkah Rifqi.

            “Aku teman kau,” kata Raina menawarkan diri.

            Mereka bertiga berjalan menuju ke arah kereta di sudut kiri. Tempat meletak kenderaan mengadap tempat makan dan berdekatan tapak Rekreasi Berkuda.

           Sarah sudah nampak kereta miliknya yang dipakir tidak jauh dari tempat dia berdiri. Adakah kereta Mazda yang dipakir bersebelahannya itu milik Rifqi?

“Itu kereta kau kan?” soal Raina.

Sarah hanya mengangguk. Jantungnya mula berdegup lebih laju.

Saat Rifqi menekan kunci penggera CX-5, Raina tersenyum lebar.

Parking sebelah-sebelah rupanya. Kata tak kenal tuan punya Mazda ni. Rupanya…ouch.”

Tidak sempat Raina menghabiskan ayat terakhirnya, Sarah lebih dahulu menghadiahkan satu cubitan ke lengan Raina. Satu jelingan turut menyapa pandangan Raina. Lengan yang sakit digosok laju namun bibirnya tersenyum lebar.

“Sampai sini je ya. Jaga diri Sarah,” pesan Raina. Tangan dihulur. Pipi Sarah dicium kiri dan kanan. “Hantar kawan saya ni balik rumah ya. Jangan ke lain pula.”

Usikan Raina disambut gelak kecil oleh Rifqi. Bulat mata Sarah memandang Raina. Sempat Raina mengenyit mata sebelum berlalu.

“Assalamualaikum.”

Serentak Rifqi dan Sarah menjawab salam Raina.

“Okay Sarah. Shall we?” kata Rifqi sambil membuka pintu.

Sarah masuk ke dalam Mazda CX-5 buat kali kedua. Kenangan semasa makan tengah hari yang menemukannya dengan Marina kembali menerpa di minda Sarah. Siapa wanita itu? Persoalan itu masih tiada jawapan pasti. Sarah ingin bertanya, tetapi mulutnya bagai terkunci. Dia tidak mahu mengungkit kisah silam lelaki yang berada bersebelahan dengannya. Dia sanggup menunggu sehingga Rifqi benar-benar bersedia bercerita kisah Marina dalam hidup lelaki itu.

Mazda CX-5 bergerak meninggalkan kawasan Taman Tasik Titiwangsa. Keadaan lalu lintas masih kurang sibuk. Ahad hari warga kota berehat di rumah. Tidak ramai yang berada di atas jalan raya sebelum tengahari menjelma.

Sarah tidak menoleh ke kanan atau kiri. Matanya fokus kepada kenderaan yang berada di hadapan.  Rifqi turut diam di tempat duduk pemandu. Matanya turut memberi fokus kepada kereta di hadapan yang telah berhenti di lampu isyarat merah di persimpangan ke Jalan Semarak.

“Selalu ke ke Triple T?” soal Rifqi.

“Hah!”

Rifqi menoleh ke sisi. Jelas terpancar tanda tanya di wajah Sarah.

“Triple T?

Rifqi senyum. “Taman Tasik Titiwangsa, kan nama tempatnya bermula dengan huruf T. So I called it Triple T.”

“Oh.” Sarah turut tersenyum.

“I selalu juga ke Tripple T. Tapi selalunya I pergi malam,” ujar Rifqi.

“Patut la tak terserempak. Selalu I pergi ke sana dengan Raina dan Faris untuk jogging. Almost twice a month.”

‘Faris.’

Rifqi terdiam. Mindanya sarat memikirkan siapakah nama yang disebut oleh Sarah tadi. Rasa tidak senang mula menyerbu ke hati kecil Rifqi.

‘Itukah lelaki pilihan keluarga Sarah?’

“You buat apa ke sana waktu malam? soal Sarah ingin tahu.

Rifqi senyum. Persoalan yang bermain di mindanya hilang begitu sahaja. ‘Ingatkan tak nak tau.’

“Apa yang menariknya aktiviti malam di Triple T,” tanya Sarah lagi.

“You mungkin perasan di Triple T ada litar kereta kawalan jauh. So siang I busy at work, malam I rajin ke sana. Suasana lebih sejuk.”

Sarah cuba mengingat jika Rifqi ada memasukkan aktiviti bermain kereta kawalan jarak jauh dalam blog milik lelaki itu.

“Tak pernah pun you updates dalam blog you. Kisah skuba banyak la,” ujar Sarah.

“Ada.” Ringkas Rifqi membalas kata-kata Sarah.

“Mana lagi best? Skuba atau kereta mini?” tanya Sarah.

“Of course la I suka skuba. Just that scuba need extra planning plus nak kena bawa enough equipment. Kena fikirkan safety lagi.”

“Next time I nak join boleh?”

You are most welcome tapi ada syaratnya,” kata Rifqi.

“Syarat?” terjungkit kening Sarah memandang wajah Rifqi di sisi.

“You kena bawa Saiful along, boleh?”

Meletus tawa kecil Sarah. “Oh boleh. Nanti kalau I nak join, I will let you know and I will bring along Abang Saiful.”

“Okay.”

Laluan dari Taman Tasik Titiwangsa ke Ampang tidaklah jauh. Jika tiada kesesakan lalu lintas, tidak sampai setengah jam sudah sampai. Syukur pagi itu laluan berjalan lancar. Rifqi tetap memandu dengan berhati-hati.

Rifqi sudah tahu laluan mana yang patut diambil ke rumah Sarah. Bukan pertama kali dia ke sana. Jadi mudah bagi Rifqi.

            “Boleh I tanya you sikit?” suara Sarah perlahan.

            “Yes, sure. Tanyalah,” balas Rifqi. Wajah Sarah ditoleh sekilas.

            “You suka sangat eih biskut chipsmore?” soalan pertama Sarah.

            Rifqi angguk. “Ya. Suka sangat.”

            “Biskut chipsmore tu sentiasa ada dalam stock la kiranya,” pertanyaan kedua Sarah menyusul.

“Yup.”

            “Why?” soal Sarah lagi.

            Jelas Rifqi tersenyum lebar. “Kenapa you tanya macam tu?”

            “Sebab first time I jumpa you, you offer I biskut chipsmore. Today pun you offer I biskut chipsmore,” ulas Sarah.

            “Kata emak I, masa dia pregnant dulu, siang malam pagi petang itulah biskut yang dia makan. Nasi tu mak I dah tolak tepi. So tu yang buat I jadi suka sangat dengan biskut sekejap ada sekejap tak ada tu,” kata Rifqi.

            Terhambur tawa Sarah mendengar kisah di sebalik biskut kegemaran Rifqi. “Oh ya ke?”

            “Kenapa tak percaya?” lantas Rifqi menoleh ke arah Sarah yang beria ketawa. ‘Sukanya dia. Tadi kat tasik macam tak sihat.’

            Sarah menutup mulut cuba meredakan tawa yang keluar dari mulutnya.

            “Dah abis gelak? Sukanya,” usik Rifqi.

            “Maaf I tak sengaja tau,” akui Sarah.

Rasa bahagia menyelinap ke jiwa Rifqi. Andai situasi ini berlaku setiap hari, bahagia rasanya.

‘Bila nak bertindak?’ akal mengusik jiwa.

            “Now I pula nak tanya soalan, boleh?” pinta Rifqi sambal menoleh sekilas ke arah Sarah.

            “Boleh,” jawab Sarah sepatah.

            “Bila majlis kahwin you?” soal Rifqi tanpa teragak-agak.

            Sarah terdiam. Soalan yang ditanya buat Sarah terkedu. Tidak langsung terfikir akan ditanya soalan itu.

            “Saya dengar mama awak sedang uruskan majlis perkahwinan awak,” ulas Rifqi lagi.

            Sekali lagi Sarah diserang kejutan yang tidak disangka.

            “Mana awak tau?” giliran Sarah mencari jawapan.

“Saya dengar mama awak berbincang dengan mak saya,” jujur kata-kata itu meluncur dari bibir Rifqi.

            Perbualan yang tadinya agak santai bertukar rentak. Suasana sedikit serius. Sarah sedang cuba mencerna maklumat yang baharu didengarinya. Rifqi pula berdebar menanti jawapan dari mulut Sarah sendiri.

            “Bertuahnya lelaki itu,” ujar Rifqi. Dia lihat Sarah diam. Tidak menidakkan kata-katanya tadi. Dia yakin berita tersebut benar.

            ‘Iqi jangan cepat buat andaian. Sarah belum mengia atau menidakkan berita itu. Don’t make a quick conclusion,” pujuk akal yang waras.

            Sarah menoleh ke arah Rifqi yang tenang di tempat duduk pemandu. Dia masih terkejut ditanya soalan sebegitu.

Rifqi turut menoleh ke arah Sarah. Mata bertemu mata. Tiada kata terucap. Sarah percaya ada perasaan sayang di mata Rifqi. Satu perasaan yang tidak mampu dia gambarkan sedang menjalar di hatinya. Apakah yang dirasa sama seperti apa yang dirasa oleh Rifqi ketika ini? Soalan itu hanya berlegar di minda Sarah.

‘Iqi drive carefully,’ arah akal sedarnya.

Rifqi segera melarikan pandangan. Matanya difokuskan kembali ke atas jalan raya. Namun hatinya berkecamuk. Dia tidak sanggup menatap wajah Sarah lama-lama andai seluruh jiwa dan raga wanita di sisinya itu bakal menjadi milik orang lain.

“Jika betul, congratulation Sarah,” ucap Rifqi tidak ikhlas.

“Iqi, we need to talk,” pantas Sarah menyambung. “There must be something wrong somewhere here.”

Rifqi menjeling sekilas. “What do you mean?”

“Isu majlis kahwin I,” balas Sarah. “Mama tak ada pun bincang apa-apa dengan I. And I don’t have anyone right now.”

‘Iqi dengar tak pengakuan ikhlas yang you nak dengar?’ hati kecil Rifqi bersorak gembira.

‘Faris.’ Sepotong nama itu melintas di minda Rifqi.

“Tapi I sendiri dengar mama you cakap nak cepatkan majlis perkahwinan you. I dengar she said that at my house.”

“This is weird. Atau you tersalah dengar Iqi,”  kata Sarah.

“I hope so,” hati Rifqi benar-benar berharap dia tersalah dengar perbualan di antara mama Sarah dengan emaknya tempoh hari."

Pantas Sarah menoleh.

Rifqi memasuki simpang ke rumah Sarah. Dia berhenti betul-betul di hadapan pagar rumah Sarah.

“Okay dah sampai.”

“Oh.. terima kasih hantar I balik.”

“It’s my pleasure."

Datin Kharidah sudah pun membuka pintu pagar sebaik sahaja dia sedar ada kereta di luar pagar. Pantas dia keluar menuju ke pintu pagar. Tadinya dia dilanda resah apabila menerima panggilan daripada Rifqi. Tetapi sebaik sahaja mendengar pemuda itu mahu menghantar anaknya pulang, kurang sedikit rasa risaunya.

“Iqi masuklah dulu,” pelawa Datin Kharidah.

Rifqi segan mahu singgah. Sudahlah baharu lepas bersenamrobik tadi. Badan sudah berpeluh dan melekit. Mahu menyinggah dia rasa serba salah.

“Tak usah malu. Ni ha anak dara aunty pun sama je wanginya dengan kamu Iqi,” ujar Datin Kharidah sambal menjeling Sarah di sisinya.

“Mama ni,” malu-malu Sarah bersuara.

“Uncle pun ada kat dalam, jemput masuk dulu,” bersungguh Datin Kharidah menjemput Rifqi singgah.

Rifqi mematikan enjin kereta. Dia mengangkat tangan dan mencium kedua-dua belah bahunya seraya tersenyum. ‘Not bad.’

“Uncle,” sapa Rifqi apabila Dato’ Shamsul muncul di muka pintu. Mereka bersalaman.

“Iqi, jemput masuk," pelawa Dato' Shamsul pula.

"Tak apalah uncle. Di luar ni pun tak apa," ucap Rifqi malu-malu. Segan dengan badan yang sudah melekit dek peluh akibat bersenam tadi.

"Betul ni tak nak masuk?" sekali lagi Dato' Shamsul bertanya.

"Bukan tak sudi uncle. Tapi seganlah, badan berpeluh-peluh. " akui Rifqi berterus-terang.

"Sarah, buatkan air, sayang," pinta Datin Kharidah.

Sarah senyum memandang mamanya. Dia melangkah masuk ke dalam rumah.

“Apa nak segankan. Sarah tu pun dua kali lima dengan kamu Iqi,” luah Dato’ Shamsol.

Datin Kharidah sudah ketawa. Mendengar kata-kata si suami yang turut berfikiran sama sepertinya.

“Iqi terima kasih hantar Sarah balik. Pagi tadi nampak sihat je. Tak sangka pulak dia tak sihat. Kalau aunty tau, tak adanya aunty benarkan dia pegi jogging,” kerisauan seorang ibu yang terluah di mulut. Mendengar berita keadaan anaknya daripada suami yang selesai bercakap di talian telefon benar-benar membuatkan Datin Kharidah bimbang.

“Perkara kecil je ni aunty. Kebetulan Iqi ada kat situ. Selalunya jarang Iqi ke sana siang hari,” balas Rifqi.

“Maksud kamu, selalulah kamu ke Tasik Titiwangsa tu?” soal Dato’ Shamsul.

“Selalu juga. Tapi Iqi ke sana sebelah malam. Iqi biasanya di kawasan trek kereta control.”

“Kalau macam tu next time boleh la uncle join. RC ni dah lama juga uncle tinggalkan. Kereta tu pun dah berabuk di stor.

“Elok sangat tu uncle,” kata Rifqi senang hati.

Datin Kharidah senyum mendengar perbualan suami dan Rifqi. ‘Hmmm elok la tu. Dah jumpa gu kata orang Utara.’

“Mama,” sapa Sarah bersama minuman dan sepiring kuih apam gula hangus.

Sarah letak dulang di atas meja dengan hati-hati. Dia tuang air ke dalam gelas. Rifqi memerhati air muka Sarah di depan mata. Wajah itu membuatnya rasa tenang. Sejuk mata memandang kata orang.

“Jemput Iqi.”

Datin Kharidah memerhati sahaja. Melalui kaca matanya dia sudah nampak rancangan yang dia sedang usahakan bersama sahabat baiknya bakal membuahkan hasil. Sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina. Datin Kharidah senyum.

“Esok Iqi ambil Sarah?” soal Dato’ Shamsul.

“Ya.” Serentak Rifqi dan Sarah memberi respon. Dua-dua seperti terkena kejutan elektrik. Terkejut.

Bertambah lebar senyum Datin Kharidah.

“Kata orang kalau jawab serentak macam tu ada orang nak datang rumah. Agak-agak siapa la agaknya nak datang rumah kita ni,” usik Dato’ Shamsul.

“Bakal besan kita agaknya bang,” pantas Datin Kharidah menjawab.

Rifqi seperti tercekik udara. Rasa sukar bernafas. Fikirannya sudah terfikir yang tidak-tidak. ‘Kalau betul Sarah akan dijodohkan dengan orang lain, aku?’

Sarah juga sudah bulat matanya menoleh ke arah mamanya.

“Bukan apa Iqi, aunty tak sabar sebenarnya nak tengok Sarah naik pelamin. Bila dah ada orang jaga, aunty rasa lega. Ada orang yang akan ambil berat anak aunty ni kalau dah sampai masa aunty tutup mata nanti,” ujar Datin Kharidah mahu melihat reaksi Sarah dan Rifqi.

“Iyalah aunty,” balas Rifqi. Matanya melirik ke arah Sarah.

“Mama jangan kata mama tengah rancang majlis kahwin Sarah,” terlontar kata-kata itu.

Melihat anggukan Datin Kharidah, Rifqi menarik nafas. ‘Sudah.’

Aunty, uncle,” pantas Rifqi bersuara. Tetapi suaranya bagai tergantung di situ.

Enam pasang mata tertumpu ke arah Rifqi. Dia jadi lebih berdebar. Dadanya berombak.

“Ya Iqi,” Dato’ Shamsul menunggu kata-kata Rifqi

‘Iqi tarik nafas. Lepas. Tarik. Lepas,’ akal yang waras segera membantu.

“Saya boleh jadi penjaga Sarah.”

Sarah bungkam di tempat duduk.

Sebaik ayat itu meluncur di bibir Rifqi, bebanan rasa yang tersangkut di dada bagaikan kosong. Dadanya lapang. Kenapa pula seluruh badannya terasa panas. Wajahnya seakan dipenuhi warna merah. Darah sudah menyerbu ke muka.

‘Kalau sudah tuan punya badan yang rela menawarkan diri, tidak perlulah aku memerah otak memikir rancangan mendekatkan mereka.’ Datin Kharidah gembira. Rancangannya hampir berjaya.

9 comments:

  1. Hehehe akhirnya Iqi bukak mulut sampaikan hasrat... Nasiblah baru balik dari beriadah pun kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tindakan refleks namanya ni..hihik

      Delete
  2. Hihi nasiblah...masa tu memang tak fikir dah semua tu. Iqi dah risau Sarah jadi milik orang.

    ReplyDelete
  3. hehe.. Akhirnya Iqi terus tanya direct mcm bomb.. terkejut Sarah dibuatya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang di luar jangkaan tindakan Iqi ni. Bila hati dah suka

      Delete
  4. Akhirnya...Iqi meluahkan rasa hati...Gentleman betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak diluah merana badan, jiwa terseksa...
      Tunggu reaksi Sarah & parents kedua2 pihak.

      Delete
  5. Cakap jugak yer Iqi. Takmo putih mata laa turrrr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi kann..lagi lama simpan rasa hati tu takut melepas ke tangan orang lain..itu yang nekad

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim