06 December 2015

Mr. Right Forever 28

Assalamualaikum/Salam Sejahtera buat semua pembaca blog Sha,
 
Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Ianya sangat Sha hargai. Sha mohon maaf ya jika post kali ini agak pendek.

Selamat membaca!

Pecah bata,
Pecah simen,
Sudah baca,
Silalah komen.

Salam sayang,
Sha Hashim
6 Disember 2015

@}-;--- @}-;--- @}-;---

RIAK terkejut jelas terpancar di wajah Sarah. Hari yang penuh kejutan. Namun dia memuji keberanian Rifqi menyatakan isi hatinya. Situasi yang begitu santai. Tiada angin tiada ribut. Tahu-tahu Rifqi mengeluarkan kenyataan beraninya. Lamaran dari hati. Sarah yakin kata-kata yang terbit dari mulut Rifqi itu bukanlah satu gurauan.

            Dato’ Shamsul tersenyum. Baginya dia tidak memilih dalam menentukan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup anak-anaknya. Dia mahu mereka gembira.

            “Iqi sedar tak apa yang Iqi cakapkan ni?” soal Datin Kharidah.

            Rifqi memandang wajah Sarah sekilas.

            Aunty, Iqi tak tau macam mana nak cakap. Tapi Iqi betul-betul maksudkan apa yang Iqi cakap tadi.”

            Aunty suka sangat kalau Iqi jadi menantu aunty. Tapi kalau Iqi suarakan isi hati Iqi lebih awal, aunty tak teragak-agak terima Iqi.”

            Tersentak. Bagai belati membelah sekeping hati. Pedih.

            “Mama,” bergetar suara Sarah.

            Dato’ Shamsul turut dilanda kejutan. Sangkanya gurauan di petang hari, tetapi ini sudah lari daripada yang disangkanya. Namun dia diam sahaja. Tidak mahu terus membuat telahan. Dia mahu berbincang dahulu hal ini dengan isterinya. Perbincangan empat mata.

            “Maksud aunty?”

            Aunty dah ada calon sesuai untuk Sarah.”

            Rifqi menelan liur. Wajah Sarah dipandang sayu. Jelas dia terkilan.

            Aunty tidak bolehkah hal ini dirunding lagi. Iqi sanggup bertanggungjawab,” Rifqi masih belum mahu menyerah kalah.

            “Maaf Iqi. Hal ini sudah muktamat.”

            Datin Kharidah berasa kasihan melihat raut kecewa Rifqi. Ketara sungguh. Namun dia tidak mahu begitu mudah memberi harapan kepada Rifqi.

            “Rifqi, baliklah dulu. Tentu Iqi penat,” usul Dato’ Shamsul. Dia faham apa yang dirasai oleh Rifqi. Wajah anak muda itu nampak benar sedang menanggung kecewa.

            ‘Iqi cekalkan hati. Andai Sarah bukan jodohku, aku harus berlapang dada menerima ketentuan dariNya.’

Rifqi melangkah lesu ke arah pintu pagar. Sebelum memasuki kereta, pandangannya mencari wajah yang sudah mencuri hatinya. Wajah Sarah nampak tenang. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

‘Aku tidak boleh menyerah kalah begitu sahaja.’

*******

RIFQI memandu laju. Dia mahu kembali ke rumah seberapa segera yang boleh. Sampai sahaja di depan rumah, diparkir kereta di luar pagar. Laju sahaja Rifqi melangkah masuk. Pintu pagar dibiar terbuka. Kasut sukan yang dipakai dicabut kasar. Stokin juga ditarik sambil berdiri.

            “Mak, oo mak,” Rifqi sibuk memanggil emaknya. Bagaikan mahu melintas jalan raya, Rifqi menoleh kiri dan kanan. Tiada di ruang tamu. Langkahnya laju melangkah hingga ke dapur. “Mak…”

            Puan Ruziah di luar rumah mendengar panggilan Rifqi. Ada beberapa helai lagi baju yang hendak dijemur. Dia terus menyarung penyangkut baju ke baju kemeja milik suaminya sebelum disangkut ke penyidai kain.

            Melihat pintu dapur terbuka, Rifqi segera menjengahkan kepala ke luar mencari emaknya.

            “Kat sini rupanya mak,” tidak sabar Rifqi mahu bertemu emaknya.

            “Kenapa ni? Serabut je mak tengok ni.”

            “Iqi ada benda nak cakap dengan mak ni.”

            Puan Ruziah pelik memilihat gelagat anaknya.

            “Iqi nak minta mak tolong Iqi,” ujar Rifqi.

            “Kalau ya pun tunggu sekejab. Biar mak habis sidai kain ni,” balas Puan Ruziah.

            Rifqi sabarkan hati. “Iqi tolong mak.”

            Sebaik sahaja emaknya menyidai kain terakhir, segera Rifqi memegang tangan emaknya.

            “Mak kena tolong Iqi.”

            Puan Ruziah tertanya-tanya. ‘Apa kena ni?’

            “Mak je yang boleh tolong Iqi,” sambung Rifqi lagi.

            “Tolong apa ni? Apa yang kamu dah buat ni Iqi? Jangan kamu takutkan mak,” gesa Puan Ruziah.

            “Mak jom masuk dalam. Biar Iqi bawa masuk bakul ni.”

            Puan Ruziah mengikut sahaja. Mindanya sarat memikirkan yang macam-macam.

            “Kenapa ni Iqi? Cuba cakap dengan mak,” gesa Puan Ruziah apabila dia duduk di sofa. Rifqi di sebelahnya dipandang lama.

            “Mak tolong pinangkan Sarah.”

            Puan Ruziah mengucap syukur di dalam hati.

            “Mak,” panggil Rifqi. “Kenapa mak senyum je ni?”

            Puan Ruziah senyum melihat wajah anak bujangnya.

            “Macam mana mak tak senyum, muka Iqi ni dah macam kucing hilang anak je. Serabut mak tengok.”

            Rifqi garu kepala. Diraut pula wajahnya. Habis kusut rambutnya.

            “Ni apa yang dah jadi? Tiba-tiba nak mak pinang anak dara Aunty K,” soal Puan Ruziah.

            Rifqi menarik nafas dalam-dalam.

            “Cuba cerita.”

            “Mak, betul ke Aunty K tu tengah uruskan majlis kahwin Sarah mak?” soalan Puan Ruziah dijawab dengan soalan.

            Berkerut dahi Puan Ruziah. “Mak tak tahu pun.”

            “Bukan ke Aunty K dah cakap dengan mak hal ni,” seperti tidak percaya kata-kata emaknya.

            “Mana Iqi dengar semua ni?”

            “Kan Aunty K bagi tahu mak pada hari yang Iqi balik dari kursus tu. Iqi tak ada niat nak curi dengar perbualan mak dengan Aunty K tu. Cuma kebetulan Iqi terdengar masa Iqi nak masuk dalam rumah,” balas Iqi.

            Puan Ruziah menahan diri yang hampir meledakkan tawa. Sebentar tadi sahabat baiknya sudah pun menghubunginya. Kejadian di rumah sahabatnya itu sudah diketahui. Melihat anaknya yang separuh nanar itu timbul juga rasa kasihan. Namun dek kerana janji, Puan Ruziah mula memainkan wataknya sehabis baik.

            “Mak janji dengan Iqi, mak akan bincang dengan Aunty K. Iqi serius ni mak,” rayu Rifqi.

            “Iqi janganlah menaruh harapan yang tinggi ya. Mak boleh cakap dengan Aunty K. Tetapi keputusannya tetap di tangan Aunty K,” nasihat Puan Ruziah.

            ‘Kenapalah hal ni jadi complicated macam ni. Ya Allah bantulah hambaMu ini. Berilah jalan terbaik untukku hadapi perkara ini.’

            Rifqi meraut wajah. Cubaan mengusir rasa tidak senang yang mula bersarang dalam hatinya.

            “Mak Iqi naik atas dulu,” lemah suara Rifqi sebelum dia berjalan ke arah biliknya di tingkat atas.

            Puan Ruziah mengangguk dan memerhati langkah lesu anaknya.

*******

SARAH senyum. Putaran kata-kata Rifqi bermain di mindanya. Berulang-ulang. Langsung dia tidak jangka lelaki itu begitu berani meluahkan rasa hati di depan kedua-dua orang tuanya.

            ’10 tanda right  untuknya.’

Rasa gembira di hati Sarah bertukar menjadi gusar. Mengenangkan kata-kata mamanya tadi, dia diserang rasa serba-salah. Dia tidak mampu berbohong kepada dirinya sendiri. Hatinya kini sudah berpunya. Sebelum ini rasa hatinya itu samar-samar sahaja. Namun apabila mamanya sudah membuat keputusan dan mendengar sendiri luahan dari mulut Rifqi, Sarah yakin milik siapakah hatinya. Namun itu bukanlah hak mutlaknya. Jika mamanya sudah pun memilih calon suami untuknya, dia tidak akan membantah. Sarah yakin keputusan mamanya yang terbaik untuk dirinya. Tiada gunanya dia membantah. Restu kedua ibu bapa membawa bahagia dan rahmat dariNya. Walau pun dia redha, namun tetap ada sekelumit rasa kesal. Jika dia lebih awal dapat mengesan rasa hatinya terhadap Rifqi, sudah pasti lelaki itu akan membahagiakan hidupnya kelak. Pasangan sepanjang hayat.

9 comments:

  1. Rentung Iqi kena dengan ibu Sarah. Kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihikk kerana dah suka, Iqi relakan walau pun rentung masak hangus..

      Delete
  2. Wah wah wah, Iqi kena 'reject'dengan Aunty K nampaknya... Masing² percaya bulat² pulak tu... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama keluarga ni Suha...bila kena reject barulah masing-masing terjaga..

      Delete
  3. hehe gelabah iqi dibuatnya... Baru kena gurau sikit dah mcm nak gila dah iqi di buat kedua2 ibu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ibu2 mula melakonkan watak, ha kan..baru laju tindakan iqi..

      Delete
  4. Casino of the Sky Resort - Mapyro
    Casino of the Sky Resort is located in 제주 출장안마 the 보령 출장마사지 city centre, near the airport. It is surrounded by three 목포 출장샵 other casinos, The Shops at 이천 출장안마 the 충청남도 출장안마 Resort and Casino,

    ReplyDelete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim