Maaf sekali lagi. Agak
lama menyepikan diri. Baru ini Sha berkesempatan menulis sambungan kisah
seterusnya.
Sebarang cadangan,
komen mahu pun pandangan sangatlah Sha hargai.Selamat membaca dan boleh
tinggalkan komen untuk penambahbaikan di masa akan datang. Terima kasih.
Salam sayang,
Sha Hashim
10 Oktober 2015
@}-;---- @}-;--- @}-;---
TERKELIP-KELIP Rifqi memandang siling bilik. Dia berbaring selesa dengan kedua
lengannya di bawah kepala. Fikirannya sarat memikirkan soal hati yang begitu
asyik mengusik jiwanya. Bukan dia mahu menidakkan rasa hati tetapi seperti
tidak percaya.
‘Aku jatuh cinta?’
Akal dan hatinya bagaikan berada dalam pertandingan
pidato. Masing-masing memberikan hujah terbaik bagi membantu juri membuat
keputusan yang memang sudah jelas. Juri masih sangsi dengan rasa yang sedang
dialaminya.
“Mana tahu kau jatuh cinta ni,” soal akal membuat
provokasi.
“Mestilah tau.” Hati menjawab dengan yakin.
“Buktinya?” soal akal lagi.
“Bila aku pandang dia, terasa something. Rasa tu
tak sama macam pandang perempuan lain. Wajahnya buat aku rasa tenang.”
“Selain tu, apa lagi yang kau rasa?” soal akal belum
berpuas hati.
Rifqi tersenyum. Figura Sarah tergambar di ruang matanya.
Semasa di meja makan tengah hari tadi,
entah berapa kali Rifqi tunak memandang Sarah yang duduk betul-betul di
hadapannya. Matanya begitu degil daripada berganjak memandang gadis di
depannya. Rifqi juga selesa bila berada dekat dengan Sarah. Mahu sahaja dia
mengatakan, “ Jangan pergi. Please stay.”
“Sampai macam tu sekali,” akal yang waras sengaja mahu
menguji perasaan yang menjalar di hati Rifqi.
“Aku suka mendengar dia menyebut namaku. Terasa enak di
telinga. Melihat senyum dan mendengar tawanya juga membuatkan aku rasa bahagia.
Saat terdengar tutur bicaranya juga aku sudah mampu tersenyum.”
“Mengapa kau punyai rasa seperti itu Iqi?” tanya minda.
“Bila memandangnya, aku melihat dia mempunyai ciri wanita
yang layak dijadikan isteri dan ibu kepada bakal anak-anakku nanti. Terasa
rindu bila tidak terlihat di depan mata.”
“Lagi,”
“Aku ingin menjadi pelindung dan penjaganya. Aku ingin
jadi penghibur hatinya di kala duka. Aku ingin menjadi orang pertama bertanya
khabar dirinya setiap pagi. Aku ingin menjadi teman dan pendamping dirinya.
Malah aku ingin menjadi pelengkap hidupnya.”
“Ini sudah parah,” akal lantas mencelah. “Kalau itu
kisahnya, apa yang menahanmu daripada meluahkan rasa hati?”
“Ini yang sukarnya,” balas hati laju.
“Sukar? Mengapa sukar? Jika benar hati suka mengapa
bertangguh. Jangan tunggu lama-lama Iqi,” bidas akal mencabar.
Bertaut kening Rifqi. “Aku tidak tahu hatinya milik
siapa?”
“Tak rugikan kalau tanya pada empunya diri,” cadang akal.
“Boleh ke?” ragu-ragu hati membalas. “Adakah ruang di
hatinya untukku? Tidak terlalu awalkah untuk berterus-terang?”
“Lebih baik bertindak daripada hanya berdiam diri.
Sekurang-kurangnya jawapan yang diterima sudah pasti.”
“Betul juga tu,” akui hati Rifqi mula tenang. “Tapi
bagaimana jika ibu bapanya betul-betul sedang uruskan majlis perkahwinannya?”
Rifqi terasa sedikit nanar
memikirkan andai gadis yang berada di sudut hatinya terlepas ke tangan orang
lain.
“Jangan tunggu lagi Iqi,” pintas akal. “Kalau hati dah
suka, berterus-teranglah. Straight to the point. Beranikan diri, luahkan
isi hati padanya. Mudahkan. Jangan lewat sangat bertindak. Nanti gigit jari,”
nasihat akal.
Bila hati dan akal sudah mencapai kata sepakat, tindakan
perlu juga selari. Rifqi mula memikirkan langkah susulan yang harus disusun
demi mencapai saranan hati dan akalnya.
‘Esok pergi jogging. Badan cergas minda pun
cergas.’
*******
PAGI yang indah menyusul lagi.
“Mama, Sarah nak jumpa Raina. Kami nak ke Tasik
Titiwangsa ma,” kata Sarah meminta kebenaran daripada Datin Kharidah.
“Pergi jogging ya,” ujar Datin Kharidah sudah
maklum akan aktiviti anaknya bersama Raina.
“Ya ma,” jawab Sarah selepas dia membantu Datin Kharidah
mengemas meja makan.
“Hati-hati Sarah. Sampaikan salam mama pada Raina. Lama
dia tak datang rumah,” kata Datin Kharidah.
“Insya Allah, ma,” balas Sarah. “Nanti Sarah ajak dia
singgah.”
*******
PERANCANGAN ALLAH MAHA
HEBAT.
Raina sudah menunggu Sarah di tempat biasa. Kereta Saga miliknya
elok diparkir di ruang meletak kenderaan tidak jauh daripada kawasan Rekreasi
Berkuda Taman Tasik Titiwangsa. Matanya meliar mencari kelibat Proton Persona
putih milik Sarah.
‘Mana Sarah ni? Jangan
dia tak jadi datang sudah.’
“Assalamualaikum
Raina,” ucap Sarah sambil menepuk bahu sahabatnya.
“Ya Allah, terkejutnya
aku. Sarah kau ni,” Raina sudah mengurut dada.
“Kau belum jawab salam
aku Rai. Jangan kata aku tak bagi salam ya,” ujar Sarah dengan senyuman di
bibir.
“Waalaikumsalam Sarah.”
Raina membalas salam Sarah. “Kau parking kat mana ni Sarah. Tak nampak
pun kau masuk parking lot dekat sini.”
“Kat sebelah sana. Saja
rasa nak parking sebelah kereta Mazda,” kata Sarah.
“Amboi. Kenal ke
pemilik kereta Mazda tu?” tanya Raina.
“Ish mana tau. Tuan
punya kereta tak ada kat situ.”
Raina senyum.
“Dah jom. Kaki aku dari
tadi tak sabar nak berlari,” ajak Raina.
“Eee…tak menyabar,”
balas Sarah. “Kau dah buat warm up?”
Raina mengangguk.
“Kalau gitu jap ya aku warm
up dulu. Nanti kalau jadi apa-apa kau juga yang susah Rai,” kata Sarah
sambil membuat rutin memanaskan badan.
Selesai memanaskan
badan, Sarah dan Raina mula berlari-lari anak di laluan pejalan kaki. Mereka
berlari seiring.
Masuk pusingan ketiga
mereka berdua membawa haluan ke arah bunyi muzik yang kuat bergema. Lagu Nobody
dendangan Wonder Girls jelas kedengaran.
“Hari ni Ahad.
Senamrobik. Jom Rai.”
Sarah dan Raina
bergegas ke ruang senamrobik. Larian mereka tiba di ruangan senamrobik. Ramai
yang sedang menggerakkan tubuh mengikut muzik. Mereka segera mengikut gerak
senamrobik sebaik masuk ke dalam kelompok peserta yang sedang rancak mengikut
gerak langkah instruktor senam pagi itu.
‘Kenapa ni?’ Sarah
letak telapak tangan ke dada. Tiba-tiba dadanya dipalu debar.
Sarah memerhati
sekeling. Ramai juga yang ikut serta. Tua muda semuanya ada tanpa rasa segan
menggerakkan badan mengikut rentak lagu di samping mengeluarkan peluh.
Lagu bertukar irama.
Permintaan peserta yang mahukan rentak Bollywood tidak dihampakan. Sebaik lagu Its
Time to Disco berkumandang, semua bersorak gembira. Gerak tari semakin
rancak. Mereka menari juga walau pun ada masanya tersalah gerak tari. Siapa
yang ambil tahu. Salah sekali pun mereka tetap meneruskan langkah menari.
Selang sebaris sepasang
mata memerhati gerak tari Sarah. Bibirnya tersenyum memerhati gerakan lincah
Sarah.
“Hai,” entah bagaimana
kaki Rifqi sudah membawanya berada di sebelah Sarah.
Sarah yang mulanya
seperti tidak mahu mengendahkan lelaki di sebelahnya, terdiam kaku apabila
lelaki di sebelahnya tersenyum manis. Rasa malu dan debaran di dadanya mula
menjalar di dada lebih rancak serancak lagu .
“Hai, buat apa kat
sini?” soal Sarah yang masih dalam rasa terkejut bertemu Rifqi di situ.
Rifqi angkat kening.
Dia terus mengikut gerakan kaki dan tangan seperti yang dibuat oleh instruktor
senam aerobik pagi itu.
‘Kenapa tanya macam tu?
Tentulah dia datang untuk join senamrobik ni,’ Sarah baru tersedar dia
bertanyakan soalan yang dia sudah tahu. Perasaan malu mula menerpa hingga
terpancar ke wajah. Jika wajahnya ditoreh ketika itu pasti membuak-buak darah
merah mengalir.
“Nanti kita sambung ya,
for now have fun,” ujar Rifqi sambil meneruskan langkah mengikut irama
dan rentak lagu.
Sarah malu-malu di
sebelah Rifqi. Gerak langkahnya terasa sumbang. Debar di dada usah cakap. Bagai
ingin pecah rasanya menahan degup jantung yang sama rancak dengan lagu Livin’
La Vida Loca yang sedang berkumandang. Raina di sebelah Sarah hanya mengukir
senyum tatkala Rifqi melambai tangan ke arahnya. Sarah di sebelah dilihat
seperti cacing kepanasan, serba tidak kena.
“Sarah okay ke
tak ni?”
“Okay, aku okay.”
“Nak continue?”
“Ermm aku okay.
Dah separuh jalan pun, kita teruskan je ya.”
“Okay Sarah. Let’s
do it.”
Sarah kembali fokus.
Gerak langkah tubuhnya juga kembali mengikut gerakan seirama peserta lain.
Rifqi di sebelanya sudah tidak diendahkan. Jika dilayan hatinya yang sedang
menahan rasa debar, segalanya terasa canggung.
Lain pula halnya bagi
Rifqi. Rasa bahagia melimpah-limpah di hati. Tidak sangka mahu bertemu Sarah di
situ. Mata memandang ke depan tetapi gerak langkah Sarah di sisi tetap tidak
lepas dari ekor matanya.
‘Inilah masanya
memulakan langkah Rifqi,’ akal waras Rifqi memberi cadangan.
Hampir satu jam juga
mereka mengikuti aktiviti senamrobik. Semuanya gara-gara ada yang membuat
permintaan melakukan senamrobik mengikut lagu kegemaran masing-masing. Dari
irama Bollywood, beralih ke lagu Barat, tukar ke lagu dangdut, bersambung lagu
irama Malaysia hinggalah ke lagu terakhir peserta masih bersemangat.
“Penatnya,” ujar Raina
yang sudah beralih duduk di lantai.
“Mana tak penat lima
lagu, rasa macam nak tercabut kaki,” balas Sarah.
Sarah mengesat peluh
yang membasahi dahi. Sebaik tuala kecil mengesat mukanya disangkut ke leher,
matanya terpandang Rifqi yang sudah berdiri d hadapannya.
“Assalamualaikum,”
tegur Rifqi.
“Waalaikumsalam, laju
Raina menjawab.
Sarah terkedu kaku.
“Sarah, awak okay?”
Rifqi sudah melambai tangannya beberapa kali di hadapan Sarah.
“Sarah,” giliran Raina
pula memanggil nama Sarah.
Bagai tersentak dari
lena, Sarah terasa wajahnya memerah. Tangan sudah mengurut dada. Cuba diusir
rasa debar yang mengetuk hatinya.
“Awak okay?” sekali
lagi Rifqi bertanya.
Rifqi menarik tangan
Sarah untuk duduk di kerusi kayu tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Sarah
duduk perlahan. Raina berada di sebelah Sarah.
“Minum ni,” unjuk
Rifqi.
Botol mineral yang baru
dibuka sudah bertukar tangan. Sarah meneguk perlahan.
“Sekali lagi Sarah
terdiam kaku. Tergaman. Rifqi dengan senyuman di bibir menghulurkan sebungkus
biskut Chipsmore ke arah Sarah.
Masa seakan berputar.
Lokasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sarah bagaikan berada di
sebuah kerusi kayu di sebelah seorang lelaki yang tidak dikenali sambil
menikmati sebungkus biskut Chipsmore. Saat itu terasa indah.
“Ambillah, buat alas
perut,” pelawa Rifqi. “Tadi belum breakfast ke? Nasib baik awak tak pitam.”
Raina sekadar
memerhati.
“Sarah, I hantar
you balik ya, risau pula tengok you macam ni,” luah Rifqi. Matanya
tidak lepas dari wajah Sarah.
“Eh tak apa. I boleh balik
sendiri. Lagi pun I drive sendiri tadi,” balas Sarah cuba mengelak.
“Jangan degil la Sarah.
Aku pun risau la kalau kau drive macam ni,” kata Raina menyokong usul Rifqi tadi.
Rifqi sudah menjungkit kening.
Bibirnya tersenyum manis. Sarah mengelip mata beberapa kali. Senyuman Rifqi bagai
meresap ke pandangan Sarah. Wajah itu bermain-main di ruang mata Sarah. Kata orang
sayang itu dari mata turun ke hati. Benarkah?
“I hantar you balik.
Kereta, you jangan risau. Nanti I minta mekanik I hantar ke rumah you.
Esok I ambil you kat rumah. I send you pergi kerja,” bagaikan satu arahan
yang keluar dari bibir Rifqi.
Sarah tidak terkata apa-apa.
“Boleh bagi I nombor
phone rumah you?” soal Rifqi.
“Nak buat apa?” giliran
Sarah pula bertanya. Soalan Rifqi belum dijawab.
“Call your dad, asking
for permission. I nak hantar you balik. Esok I nak ambil you,” balas Rifqi.
Hati Sarah sudah berbunga
indah. ‘Gentleman. Another right for him.’
‘Ish dah kenapa Sarah ni
senyum pulak. Soalan mamat ni dia belum jawab. Hmm memang elok la mamat ni tolong
hantar Sarah balik. Risau aku dia balik sorang-sorang macam ni.’ Raina mencuit lengan
Sarah.
“Sarah phone number?”
ulang Rifqi.
Terbaekkkkk laa rifqi. Nak minta izin orang tua dulu. Up markah.
ReplyDeleteBarulah gentleman. Nampak ikhlas dan bersungguh bila lelaki minta kebenaran ibu ayah sebelum bawa keluar anak gadis orang kan.
DeleteYeay! Teruskan maju ke hadapan Iqi! Terus minta permission nak nikah dengan Sarah pun boleyyy :D
ReplyDeleteJazakillah khairan kathira Suha yang singgah ke sini.
DeleteGigil jg ni hati di dalam. Doakn Iqi berani berdepan dengan parents Sarah..
Wajib beranikan diri kalau tak nanti melepasssss.... Huhuhu
DeleteNantikan tindakan Iqi selepas ini.
DeleteWaaa... best3x...
ReplyDeleteJazakillah khairan Kathira sdri Bintang Timur singgah bersama komen tersebut.
Deletehehe sukalah cara Rifqi, terlebih gentleman gitu.... Patutlah Sarah terawang2an
ReplyDeleteJangan kata Sarah, Marina pun masih berusaha mendapatkan Rifqi kembali kerana sikap gentleman Iqi tu..
DeleteJazakillah khairan kathira singgah sdri Rozita
Suka2...Gentleman n sweet je Iqi ni...xsabar plak nak tunggu next n3
ReplyDeleteJazakillah khairan kathira Anna Masuri yang singgah bersama komen tersebut.
DeleteKini jarang kita jumpa lelaki yang gentleman yang akan jumpa mak ayah untuk minta izin bawa keluar anak gadis mereka.