05 March 2016

Cinta Milikmu Selamanya 17

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rakan-rakan Pembaca,
 
Terima kasih masih mengikuti kisah-kisah yang Sha kongsikan di sini. Andai ada kesilapan bahasa, silalah tinggalkan komen dan cadangan.
 
Lama juga CMS menyepi. Alhamdulillah jari-jari ni rindu mahu menaip dan menyambung kisah Ammara dan Zaim. Selamat membaca. Terima kasih.
 
Salam sayang,
Sha Hashim
5 Mac 2016
 
@}-;--- @}-;--- @}-;---
 
 
PERJALANAN ke Nilai berjalan lancar. Sesekali Zaim menoleh ke arah Ammara yang duduk di sebelahnya. Gadis itu diam membisu.

            Thanks,” sepatah kata terucap dari bibir Zaim. Dia mahu memancing perhatian Ammara.

            Pantas Ammara menoleh ke kanan. “Thanks for??”

Breakfast tadi. Mama you masak, sedap,” puji Zaim ikhlas. “Kalau you yang masak mesti lagi sedap.”

Sekali lagi Ammara menoleh ke sisi kanan. Matanya bertembung dengan sepasang mata Zaim yang turut memandang ke arahnya.

            “Awak, drive pandang depan,” pesan Ammara.

            “Macam mana nak pandang depan kalau pemandangan di sebelah kiri I ni lebih menarik perhatian I,” ujar Zaim sambil tersenyum.


            “Apa yang menariknya?” soal Ammara turut memandang ke sebelah kiri.

            Zaim sudah ketawa. “ Pandai you buat lawak kan?”

            “Lawak? Bila masa pula I buat lawak,” berkerut dahi Ammara.

            “Kalau ya pun tak payah la kerut dahi gitu, kurang menarik pada pandangan I,” akui Zaim.

            Ammara diam. Malas dia mahu melayan kerenah Zaim.

            “Marah ke? So sorry, I tak buat lagi,” janji Zaim. “You mesti selalu dengar orang kata perempuan bila marah makin cantik. Tapi I tak setuju la. Pada I bila perempuan marah, hilang seri wajah. Cepat tua adalah.”

            Ammara ketawa mendengar kata-kata Zaim.

            “Kan bagus macam tu. Bila senyum atau ketawa, wajah you akan kurang wringles tau,” ulas Zaim lagi.

            “Macam-macam la you ni.”

            Perjalanan yang tadinya lancar mula bergerak perlahan. Zaim memandu perlahan. Kakinya pantas menekan brek perlahan-lahan. Brek dan cluch ditekan bersilihganti. Tangan kirinya cekap menukar gear.

            Hope kita sempat sampai,” ucap Ammara.

            Zaim memberi tumpuan kepada pemanduan sementelah kereta di hadapan menekan brek berkali-kali.

            “Patutlah...” kata Zaim tiba-tiba.

            “Apa yang patut?” soal Ammara kurang faham.

            “Kat depan tu ada kereta rosak di lane paling kanan.”

*******

AMMARA sudah biasa mengikuti Zaim atau Dato’ Harith menghadiri mesyuarat bersama klien. Dia sudah tahu kerenah dan cara kerja pemilik syarikat tempat dia bekerja. Perjumpaan semalam di Nilai menarik perhatian Ammara. Dia dan Zaim perlu bekerja bersama. Klien mahu mengubahsuai sebuah rumah berkonsepkan minimalis dengan ciri smart building.

            Kembali daripada pertemuan bersama klien yang juga merupakan sahabat baik Dato’ Harith, Ammara dan Zaim sudah duduk semeja. Idea yang muncul selepas berbincangan ringkas di Nilai itu dikupas dan dizahirkan di atas kertas. Mereka tidak mahu idea yang baik tercicir.

            What comes into your mind?” soal Zaim. Jejari tangan kanannya memusingkan pen yang dipegang.

            “Ada two important points kat sini. Satu konsep minimalis and secondly smart building. To make it clear, we have to brainstorm on both concept. Later we bind it together.”

            Zaim mengangguk. “I setuju.”

            Ammara membuat catatan. Dia menulis butiran yang singgah di mindanya.

            “Ammara please take note. We have to come out with idea on how to maximize fresh air circulation. Besides I nak maksimumkan juga kemasukan cahaya semula jadi ke dalam kediaman dan idea menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

            “So kena buat lubang udara pada dinding kaca near ceiling. Then guna kawat ram untuk sekat ruang tu,” ujar Ammara membayangkan serta membuat lukisan kasar di atas kertas.

            Good Ammara.” Zaim bangga. Ammara pernah menjadi pelajarnya dan salah seorang pelajar terbaik di kelasnya.

            Smart building ni ada banyak elemen. Bermula dari lighting, AC, security pada pintu-tingkap, komunikasi mudah hingga sound system. Semua ni saling berkait dan perlu diselaraskan dalam satu sistem automasi,” ujar Ammara lagi.

            “Ammara, tolong check senarai pengeluar dalam industry building intelligent. Senarai di Finance Department pun ada.”

            “Baik.”

            “I will come out with the budget. Then we discuss more on this.”

Perbincangan di antara Zaim dan Ammara banyak berkisar tentang konsep dan reka bentuk. Idea yang diutarakan oleh Ammara dizahirkan kepada reka bentuk yang sesuai dengan konsep pilihan klien.

Zaim duduk bersandar dengan tangan disilangkan. Matanya ralit memerhati Ammara yang leka menbuat lakaran kasar.

             “Ara.”

            Ammara yang sedang menulis memanggung wajah. Tersentak. Sudah lama dia tidak mendengar sesiapa memanggilnya dengan nama itu. Lama dia terdiam.

            Zaim tidak mahu membuang masa. Sudah bertahun dia menunggu gadis itu pulang ke tanah air. Dia yakin Ammara masih ingat kata-kata terakhirnya sebelum gadis itu ke luar negara untuk menyambung pelajarannya. Dia juga tidak mungkin lupa kata-kata daripada Ammara sebelum mereka berpisah enam tahun yang lalu. Walau pun belum mendengar ucapan persetujuan daripada mulut Ammara, dia tetap akan terus mencuba. Baginya hanya Ammara pemilik cintanya. Selama Ammara jauh dari matanya, hatinya tidak pernah terbuka untuk mana-mana wanita.

            “Can we talk?”

            “We are talking.”

            “Serious talk. Heart to heart.”

            “Hal kerja?”

            “No.”

            Ammara sudah menjungkit kening. “Then you nak discuss issue apa?”

            “Personal and about us.”

            Ammara seperti ingin melarikan diri. Dia tahu Zaim ingin mengungkit kembali kisah lama mereka. Janji yang pernah dia ucapkan. Dia yakin itu yang ingin Zaim tagih darinya.

            ‘Ammara, you have to face it.’

            “Ara, sampai bila you nak pretend kita tak pernah ada history?”

            Cepat-cepat Ammara mencelah. “Maksud you?”

            Zaim menarik nafas. Mengumpul kekuatan untuk meyakinkan Ammara akan kesungguhan niat di hatinya.

            “Selama enam tahun ini ada tak you fikirkan I?”

            ‘Tipulah kalau aku tak ingat langsung.’

Ammara mengambil sikap berdiam diri. Dia belum bersedia untuk berdepan dengan Zaim dan meluahkan isi hatinya.

‘Tapi sampai bila?’

Persoalan itu bermain di minda Ammara.

“Ara, I serius dengan lamaran I dulu. Jika you setuju, I akan minta parents I bertemu parents you. We settle down.”

Lembut kata-kata Zaim. Kelembutan mampu mengalahkan kekerasan. Sama seperti air. Setiap hari setitik. Lama-lama berlekuk juga sebongkah batu.

“Zaim, beri I masa dan ruang untuk berfikir,” pinta Ammara. “Bila I dah bersedia, I sendiri yang akan lamar you. I minta maaf.”

Sekali lagi Zaim menarik nafas panjang. Dia tahu soal hati tidak boleh dipaksa. Kekerasan tidak akan menyelesaikan apa-apa. Enam tahun lalu, Ammara menggunakan alasan untuk menyambug pelajaran. Dia mahu memberi tumpuan terhadap pengajiannya. Malah waktu itu usianya masih muda untuk menerima lamaran Zaim.

“Ara, I hormat keputusan you. Boleh I tanya you satu soalan.”

Ammara menggangguk.

“What happen to someone that you mentioned six years ago?”

            Ammara terdiam. ‘Zaim kalaulah kau tahu.’

Kata-kata yang berlegar di hati kecil Ammara disimpan kemas. Dia belum bersedia untuk meluahkan semuanya.

            “Do I know him?”

            “Zaim cukuplah I katakan he is always in my heart. And yes you kenal dia.”

            Situasi sama seperti enam tahun lepas. Dia cukup matang untuk menerima keputusan Ammara. Zaim masih mampu tersenyum walau hati kembali sakit. Pedih yang dirasa tidak sama luka berdarah di jari.

            “Zaim, I’m sorry.”

            Zaim senyum sedikit bagi menutup rasa kecewanya. Namun untuk menyerah tidak sesekali. Kali ini dia akan melipat-gandakan usahanya.

            “Petang I tak masuk office. I ada meeting at three,” kata Zaim. “I have to go now. See you tomorrow morning.”

            “Okay. See you. Take care.”

            ‘Ya I will, thanks.”

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim