02 August 2015

Mr. Right Forever 25

Assalamualaikum/Salam Sejahtera semua rakan pembaca,

Ikuti sambungan seterusnya kisah Sarah dan Rifqi. Jika ada yang terkurang mohon maaf ya. Jika ada yang perlu dibaiki, bolehlah tinggalkan komen dan cadangan. Semua komen dan cadangan sangat Sha hargai.

Selamat membaca dan terima kasih.

Salam sayang,
Sha Hashim
3 Ogos 2015

@}-;---- @}-;---- @}-;---


DATIN KHARIDAH sudah tiba di hadapan pagar rumah teres dua tingkat Puan Ruziah. Tidak perlu menunggu lama kerana tuan rumah sememangnya menanti kedatangan Datin Kharidah.

            “K jemput masuk,” pelawa Puan Ruziah sebaik sahaja pagar automatiknya terbuka. Mereka bersalaman sambil memeluk satu sama lain. “Jom masuk K. Tak sabar I nak discuss dengan you.”

            Datin Kharidah melangkah masuk ke kediaman Puan Ruziah, sahabat baiknya semasa mereka sama-sama menuntut di maktab perguruan di Perak.

            “Sekejab ya K. You duduk dulu.”
            “Sunyi saja ni,” tegur Datin Kharidah sebaik dilabuhkan punggung ke sofa putih di ruang tamu.

“Ni I buatkan kuih kesukaan you K. Kuih kaswi. Sambil kita berbual jom rasa kuih air tangan I K.”

“Thanks Zie. I tengok pun dah tau kuih you sedap. You tak ingat dengan siapa I belajar masak sebelum I kahwin dengan Sham?” Datin Kharidah senyum. Puan Ruziah membalas senyuman Datin Kharidah.

            “Qamar keluar sekejap belikan palet untuk arnab kat rumah ni. Anak dara berdua tu kat hostel. Hujung minggu balik la tu. Iqi berkursus di Nilai. Petang ni sampai la tu,” ujar Puan Ruziah panjang lebar. Di tangan satu dulang berisi air dan sedikit kuih.

            . “Elok la tu. Senang kita nak buat rancangan.”

            “Ya K. I pun sebenarnya tak sabar nak plan benda baik ni dengan you. Agak-agak okay ke tak ya?”

‘Ha tu yang I datang jumpa you ni Zie. Ingat janji kita dulu? Janji di maktab dulu,” tanya Datin Kharidah.

“Apa tak ingatnya K. I rasa dah sampai masa kita on plan tu,” balas Puan Ruziah dengan senyum di bibir.

You rasa macam mana kita nak mulakan plan tu. Nak rapatkan mereka ni. You tau la Sarah asyik busy dengan kerja. Kalau cuti pun still ke wad. Visit binatang di wad tu. Kalau tak pun aktiviti melancong dia tu. Bila masa nak bercinta. Kadang-kadang I risau juga Zie,” luah Datin Kharidah.

“Sarah dari kecil sampai besar memang suka binatang kan. Dah besar anak you.”  Puan Ruziah senyum bila mengenangkan keletah anak-anak mereka semasa kecil. Rifqi selalu menjadi ketua dalam apa juga aktiviti. Saiful dan Shira pengikut setia. Sarah ketika itu baru lima tahun.

“Kenapa you senyum Zie?” soal Datin Kharidah.

“You ingat tak kisah kongsi aiskrim Iqi dengan Sarah? Masa tu aiskrim Sarah dah jatuh ke tanah. Menangis la dia. Shira dengan Saiful dah hulur aiskrim tapi Sarah langsung tak peduli. Sudahnya Iqi yang berjaya pujuk. Makan aiskrim tu sama-sama.Selang seli gigit sorang sikit”

“Iqi dengan Sarah memang dari kecil lagi ada chemistry I tengok,” sambung Datin Kharidah. “Cuma mereka jarang jumpa bila dah besar kan. Yalah Qamar pun selalu tukar sekolah. Then tau-tau Iqi dah bertunang.”

Puan Ruziah bersandar ke sofa. Teringat dia pada kisah lama anaknya. “Tapi sampai sekarang I tak tau sebab sebenar Iqi putus tunang. Iqi Cuma cakap dia belum bersedia dan mahu tumpukan pada kerjaya. Till now pun kalau cakap pasal calon isteri endah tak endah saja. I pun risau juga K.”

“Saiful pun macam tu. You tau kan tunang dia pergi selepas tiga tahun menanggung sakit leukimia. Saiful tu masih tak dapat lupakan Arina.”

“Nasib anak-anak bujang kita hampir sama. Beza sorang berpisah hidup, seorang lagi berpisah mati. Dua-dua tetap kecewa. Berpisah hidup dan berpisah mati ni lain K. Tapi macam mana pun hidup perlu diteruskan. I tetap risau anak-anak kita tu.”

“I setuju dengan you Zie. So back to our plan,” kata Datin Kharidah mahu fokus kepada tujuan utama dia bertemu sahabat baiknya itu.

Puan Ruziah senyum mendengar kata-kata Datin Kharidah. Begitulah kalau bercerita perihal anak-anak. Banyak yang ingin diceritakan. Banyak yang mencuit hati dan tidak kurang hati ibu dilanda kerisauan apabila terkenang hal anak-anak.

“Apa idea you K? soal Puan Ruziah.

“Zie I ada cerita tak pada you yang Iqi datang rumah I?” tiba-tiba persoalan itu yang timbul.

Pantas Puan Ruziah menggeleng.

“Eh betul ke I belum cerita pada you ni?”

“Betu la K. Okay cuba bagi tau I, bila Iqi pergi ke rumah you? Urusan apa? Dia ke sana jumpa Saiful ke?” bertubi-tubi soalan Puan Ruziah. Tidak sabar dia mahu tahu.

“Tak. Dia keluar dengan Sarah tengah hari tu. Keluar lunch. Ala-ala blind date gitu. Saiful pun terlibat sama dalam cerita ni.” Datin Kharidah bersemangat bercerita.

            Blind date? Serious!” Puan Ruziah seperti tidak percaya. “Kalau betul la you kata blind date, mean kerja kita dah tak susah K.”

            “Ya I pun fikir macam tu. Sebenarnya Iqi dengan Sarah tu selalu communicate through blogging ni. Sarah dengan blog hobi melancongnya dan Iqi dengan kisah skuba. Macam I cakap tadi Sarah dan Iqi ni macam meant together. Serasi dan chemistry mereka ni baik.”

            “Kalau you tak bagi tau ni I pun tak tau. Oh… diam-diam je ya budak berdua ni.” Puan Ruziah terbayang wajah anak terunanya.

            “Sham and I ada juga bagi hint pada Sarah. Kami nak tengok reaksi Sarah. So far dia tidak pula membantah atau tunjuk dia tak suka.” Datin Kharidah masih ingat perbualannya bersama Sarah akan perihal mencari pasangan hidup. “Kami pun suka kalau Sarah jadi dengan Iqi. I yakin Iqi mampu jadi suami yang baik. Boleh jaga Sarah.”

            “K you ni macam tak faham. Gadis Melayu kan pemalu. Jadi mana mungkin terang-terang dia tunjuk perasaan dia. Kalau dah diam tu tanda setuju.” Puan Ruziah memberikan pandangan.

            Meletus tawa Datin Kharidah dan Puan Ruziah. Apabila dua orang ibu cuba menjadi pencari jodoh untuk anak masing-masing. Bermacam-macam cerita dan idea timbul.

            “Kalau boleh I nak aja cepatkan majlis nikah Sarah.”

            “Sabar dulu K. Benda macam ni tak boleh tergesa-gesa. Kena rancang betul-betul. Kalau salah percaturan mau tak jadi pula nanti,” nasihat Puan Ruziah.

(Di luar rumah)

RIFQI tiba di rumah. Sebuah kereta Honda Accord diparkir di ruang garaj.

‘Siapa yang datang?’ 

            Dia memakir keretanya di luar pagar. Beg dan barangan yang lain dibiarkan sahaja di dalam kereta. Dia masuk ke dalam pagar sebaik memastikan kereta miliknya telah dikunci. Dari luar rumah kedengaran suara wanita berbual dengan emaknya.

            Rifqi tidak jadi mahu masuk apabila telinganya terdengar nama Sarah disebut. Hatinya dipagut resah apabila mendengar perbincangan antara ibunya dengan mama Sarah.

            ‘Tak boleh jadi ni. Aku kena bertindak cepat. Kalau tidak putih mata la jawabnya.’ Rifqi meraup wajah hingga tangannya berhenti di pangkal leher. Dia termenung memikirkan kemungkinan Sarah menjadi milik orang lain.

            “Iqi,” panggil Encik Qamaruzzaman.

            “Ya abah,” toleh Rifqi apabila namanya dipanggil.

            “Kenapa tak masuk?” soal Encik Qamaruzzaman. “Baru sampai ya?’

            “Err…Iqi…Iqi ambil angin. Ya abah, Iqi baru sampai je ni.” Rifqi bangun dan menghulur tangan bersalam dengan abahnya. Tubuh abahnya didakap erat.

            Tenjengah Puan Ruziah di ambang pintu apabila dia terdengar suara di luar rumah.

            “Bila sampai ni Iqi?” soal Puan Ruziah ketika Rifqi menghulur tangan bersalaman dengannya. Membongkok Rifqi memeluk emaknya.

            “Rindu la dengan mak.”

            “Dah mari masuk. Ni Aunty K pun ada kat dalam,” kata Puan Ruziah.

            Rifqi sudah tahu gerangan pemilik Honda Accord itu.

            “Apa khabar aunty?” sapa Rifqi sewaktu dia melintasi ruang tamu. Dia berdiri di hujung sofa.

            “Alhamdulillah aunty sihat.,” balas Datin Kharidah.

            “Iqi naik atas dulu,” ucap Rifqi meminta diri.

            Ketika menaiki anak-anak tangga, fikiran Rifqi masih berlegar isu perkahwinan Sarah yang sedang dibincangkan oleh Datin Kharidah bersama emaknya tadi. Hatinya jadi risau.

‘Betul ke Sarah nak kahwin?’

‘Nantilah tanya emak. Sabar ya Iqi. Takkan nak tanya sekarang, tunggulah Aunty K balik.’ Rifqi memujuk hatinya yang berkobar-kobar ingin tahu perancangan yang sedang disusun oleh emak dan mama Sarah. Penat memandu tadi tidak terasa. Yang dia rasa kini hanyalah risau dan gundah. Jika benar berita yang dia dengar tadi, sungguh dia ralat. Ralat sebab tidak sempat meluahkan rasa hatinya.

‘Itulah kata orang jangan tunggu lama-lama. Nanti dikebas orang.’ Hati kecil Rifqi sengaja mahu mengusik.

*******

RAINA berjalan ke bilik Sarah. Diketuk bilik sahabatnya itu sebelum memulas tombol.

            “Sarah esok you nak pegi jogging ke?

            “Esok? Esok hari apa?”

            “Esok Sabtu. Ni apa kes boleh lupa hari?” usik Raina.

            “Kita pegi jogging Ahad boleh? Esok aku ada hal la.”

            “Ada hal? Apa yang penting sangat tu?”

            Sarah senyum sedikit. Dia teringat mesej WhatsApp yang diterima daripada Rifqi.

            “Parents aku buat makan-makan sikit. Kau pun, esok datang rumah aku.”

            “Tak nak la segan,” ujar Raina.

            “Raina dah kenapa? Segan dengan siapa? Abang aku, Saiful? Ishhh sebelum ni okay je,” balas Sarah sambil membulatkan matanya ke arah Raina.

            Raina ketap bibir.

            “Sejak bila kau segan jumpa abang aku Rai?”

            “Lain kali je la aku join ya. Esok aku nak pergi tasik. Nak jogging. Badan pun dah berat ni. Nanti aku ajak la Faris sama,” kata Raina.

            “Kalau macam tu okay la. Jangan kata aku tak jemput ya,” ujar Sarah. Ni pun aku nak kena balik awal. Mama dah kirim list barang untuk makan-makan esok. Nak ikut aku?”

            “Boleh juga. Sure banyak barang. Aku drive sebagai ganti esok aku tak dapat datang?”

            “Okay. Dah jangan buat kelip-kelip mata macam naga dalam Tarian Naga tu…tak comel,” usik Sarah.

            “Tak comel ke? Okay-okay.” Raina senyum manis. “Jab aku pegi ambil handbag. Lepas tu kita pergi ya.

            “Aku nak solat asar dulu lepas tu aku tunggu kat foyer ya,” balas Sarah.

            Raina membuat isyarat okay dengan tangannya sebelum tombol pintu dipulas dan meloloskan diri keluar dari bilik Sarah.

*******

DATIN KHARIDAH dan Sarah seperti biasa bangun awal pagi. Hidangan sarapan pagi Sabtu itu disediakan oleh Datin Kharidah. Sarah membantu mamanya mana yang patut.

            “Sarah tolong mama ya sediakan bahan untuk gulai ikan tongkol. Beras nasi dagang mama dah rendam malam tadi. Lepas tu mama nak buat acar.”

            Sarah mahu ke peti sejuk.

            “Bukan sekarang sayang. Lepas kita sarapan. Papa nak makan nasi dagang tengah hari nanti. Papa jemput Uncle Qamar dan Aunty Zie satu keluarga makan kat sini lunch nanti.”

            Sarah diam. Dia sudah tahu sejak petang semalam semasa mama menghubunginya untuk membeli beberapa barang untuk hidangan tengah hari nanti.

            “Mana mama dapat beras nasi dagang ni? Bukan beras ni susah jumpa kat KL ni?” tanya Sarah.

            “Mama pesan dengan kawan mama yang pergi Terengganu. Rempahnya pun ada.”

            “Mama bukan nasi dagang ni menu untuk sarapan ke?” soal Sarah.

            “Kalau di Pantai Timur memang makan waktu pagi. Ni papa request nak makan untuk lunch, mama ikutkan saja selera papa,” senyum Datin Kharidah mengingatkan permintaan Rifqi yang teringin mahu merasa hidangan nasi dagang. Sudahnya Datin Kharidah menggunakan alasan suami yang mengidam mahu makan nasi dagang.

            “Boleh la mama ajar Sarah masak nasi dagang.” Sarah teruja mahu belajar memasak dengan mamanya.

            “Hmm… elok la tu. Nanti Sarah buat mama bagi instructions saja. Kalau bakal suami nak makan tak payah beli, Sarah boleh masak sendiri. Air tangan isteri pengikat kasih suami tau Sarah.”

            “Mama ni. Sarah nak belajar masak bukan sebab nak kahwin mama,” rengek Sarah manja.

            “Sarah sayang, dari sekarang la Sarah kena belajar masak. Esok lusa kalau Sarah kahwin siapa yang senang? Sarah juga kan. Mama cuma ingatkan saja, untuk kebaikan Sarah,” nasihat Datin Kharidah kepada anak gadisnya. “Lulus ke tidak Sarah masak nasi dagang tengah hari nanti baru kita tau.”

            “Mama ni,” Sarah malu-malu menerima nasihat mamanya.

            “Sayang angkat teko kopi tu dengan cawan. Mama nak siapkan telur dadar ni,” kata Datin Kharidah. Wajah berona merah Sarah dipandang dengan senyuman.

            “Baik Mama.”

Datin Kharidah menenggekkan kuali di atas dapur. Api dapur dipasang perlahan. Sebaik minyak yang dituang tadi panas, Datin Kharidah memasukkan telur yang telah dipukul.

“Mama buat roti John ya. Ni mesti abang request kan,” tegur Sarah.

“Semalam balik dari kursus, abang cakap teringin nak makan roti John. Ha nil ah hasilnya.”

“Mengalahkan orang mengidam.” Sarah senyum sendiri.

Datin Kharidah tangkas menggangkat roti yang sudah bersalut telur. Sekali lagi adunan telur bercampur daging cincang, daun sup dan sedikit garam dituang ke dalam kuali leper. Sarah memerhati cara mamanya memasak.

‘Kagum. Mama sempat masak walau sibuk macam mana sekali pun.’

“Dah pergi panggil papa dengan abang kat luar. Tadi papa tengah baca newspaper sambil sembang dengan abang kat luar tu.”

“Okay ma.”

Datin Kharidah memotong serong roti John yang sudah siap lalu dialih ke piring. Puas hati. Piring sederhana besar diangkat ke ruang makan. Pagi itu hidangan nasi goreng menjadi menu utama sarapan Datin Kharidah sekeluarga.

*******

BERPELUH juga Sarah di dapur. Hidangan tengah hari tu memang Sarah yang masak. Gara-gara mahu belajar memasak, Datin Kharidah mengambil kesempatan itu sepenuhnya. Dia hanya memberi tunjuk ajar. Selebihnya Sarah yang membuat amalinya. Teori tidak bermakna jika tidak dipraktikkan. Itu kata Datin Kharidah di awal proses memasak tadi. Sarah menggangguk tanda faham.

            “Mama cuba rasa kuah gulai ni,” pinta Sarah.

            Datin Kharidah mengambil senduk dan menitiskan sedikit kuah gulai di telapak tangan. Hujung jari dioles ke tapak tangan dan dibawa ke mulut.

            “Sarah letak garam sikit lagi. Kurang masin ni.”

            “Banyak ni mama?” Sarah menunjukkan sukatan garam di sudu.

            “Jangan banyak. Separuh je.”

            Sarah akur. Bekas garam ditutup dan diletakkan kembali di rak. Kuah gulai dikacau. Aroma gulai ikan tongkol semerbak bau.

            “Nasi dah masak?”

            “Nasi Sarah dah masukkan dalam bekas besar bersama halba, halia, bawang merah. Santan pekat pun Sarah dah masuk macam mama cakap tadi.”

            “Jangan lupa gemburkan nasi tu bila dah siap nanti,” pesan Datin Kharidah.

            “Baik mama.”

            “Sarah pergi la naik atas. Mandi. Bau dah macam gulai ni ha. Kejab lagi family Aunty Zie sampai. Gulai dah masak. Nasi tu nanti mama sendukkan. Nanti lepas mandi Sarah bantu mama susun atas meja ya.”

            “Kalau macam tu Sarah naik dulu mama. Thanks ajar Sarah masak nasi dagang ni. Sayang mama,” Pelukan Sarah kejap melingkari tubuh Datin Kharidah.

            Sarah berlalu ke anak tangga. Berselisih dengan Saiful di situ.

            “Baik-baik naik tangga. Jatuh nanti saper susah?” usik Saiful.

            “Abang ni tau la Sarah,” satu jelingan dilemparkan oleh Sarah.

            Terkekek-kekek Saiful ketawa.

            “Saiful.”

            Saiful bergegas ke dapur apabila namanya dipanggil.

            “Ya mama,” sahut Saiful.

            “Tolong mama. Letak alas pinggan atas meja,” pinta Datin Kharidah. “Lepas tu tolong hidangkan di meja ya. Kalau nak tunggu Sarah takut tak sempat pula.”

            “Boleh mama.”

            Sedang elok makanan dihidang di meja makan, keluarga Encik Qamaruzzaman sampai. Mereka tiga beranak sampai tepat pada masanya.

            “Sayang, mereka dah sampai ni,” kata Dato’ Shamsul dari arah ruang tamu.

            Datin Kharidah segera mengesat tangan. Langkah diatur ke ruang tamu menyambut tetamu yang datang.

            “Waalaikumssalam Qamar. Jemput masuk,” balas Dato’Shamsul menjawab salah sahabat lamanya.

            Dua sahabat lama bersalaman. Mereka berpelukan. Begitu juga Datin Kharidah dan Puan Ruziah. Rifqi turut ssama bersalaman dengan Dato Shamsul manakala Saiful bersalaman dengan Encik Qamaruzzaman.  

            “Apa khabar Syam?” tanya Encik Qamaruzzaman.

            “Sihat Alhamdulillah. Kaki kau macam mana dah okay ke Qamar.”

            “Dah elok. Kuku baru tumbuh. Kuku yang lama tu tertanggal sendiri. Risau juga aku mula-mula tu.”

            “Alhamdulillah.”

            “Mana Sarah K?” tanya Puan Ruziah.

            Bersinar mata Rifqi mendengar nama Sarah disebut. Namun hatinya masih lagi dilanda resah. Jika benar Sarah bakal berkahwin, hari ini mungkin hari terakhir dia bertemu Sarah. Dia tahu hukum mengganggu tunangan orang, berdosa.

            “Anak dara I tengah bersiap. Baru mandi lepas semangat belajar masak menu yang you cadangkan tu,” kata Datin Kharidah sambil menjungkit kening ke arah Puan Ruziah.

            “Kata orang tua-tua kalau bakal suami datang, si dara tengah mandi, rumahtangga akan aman sejahtera, sejuk rumahtangga. Betul ke tidak wallahualam K,” ujar Puan Ruziah.

            Berderai tawa mereka.

            “Assalamualaikum,” muncul Sarah berbusana kurung Johor warna merah jambu.

            Sejuk mata memandang. Gadis idaman di depan mata. Segera Rifqi tersedar. Tidak manis merenung anak gadis orang.

            Sarah menghampiri Puan Ruziah. Tangan dihulur. Mereka bersalaman. Sarah sedikit menunduk mengucup tangan Puan Ruziah.

            “Jom kita ke meja makan. Lepas makan kita sambung sembang,” pelawa Datin Kharidah apabila semua ahli keluarga sudah berkumpul.

            This time di rumah you, next time di rumah I pula ya K,” balas Puan Ruziah.

            “Elok la tu. Mengeratkan silaturrahim kan,” balas Dato’ Shamsul. “Jemput-jemput semua.”

            “Sarah hulur pinggan pada Iqi tu,” Datin Kharidah mula menjalankan peranan. Puan Ruziah sudah senyum melihat lakonan sahabatnya itu.

            “Sendukkanlah Sarah nasinya, ” usik Saiful pula.

            Satu jelingan dihadiahkan kepada Saiful yang duduk selang satu kerusi daripada Rifqi. Rifqi tenang di kerusi yang didudukinya. Langsung tidak tahu perancangan yang bakal berjalan hari itu.

            Nak nasi putih atau nasi dagang?” soal Sarah perlahan.

            “Nasi dagang,” jawab Rifqi tenang.

            Puan Ruziah tahu itu memang menu kesukaan Rifqi. “Macam tau-tau je Sarah yang Iqi suka nasi dagang. Itu memang favourite dia Sarah.”

            “Oh ya. Sama la dengan…,” kata-kata Sarah lantas dipotong oleh Datin Kharidah.

            “Jemput makan, jangan segan ya.”

            “Elok la tu kalau Sarah pun suka manakan nasi dagang. Sama macam Iqi ni.”

            Terdiam Sarah. Dia mahu menyambung kata tapi nampaknya Puan Ruziah lebih dahulu menyambung. Nasi dagang sudah disenduk ke pinggan Rifqi. Mangkuk gulai ikan tongkol di hulur kepada Rifqi.

            “Terima kasih Sarah,” ucap Rifqi. ‘Kalau macam ni la hari-hari alangkah bahagianya.’

            “Dah Sarah, duduk sayang kita makan sama,” ajak Puan Ruziah.

            Kerusi yang kosong betul-betul di hadapan Rifqi. Sarah melangkah perlahan. Degup jantungnya sedari dia melangkah ke ruang tamu tadi belum juga reda.

‘Kenapa ya bila bersua muka dengan dia hati ni rasa tak menentu. Macam baru lepas lari 100 meter lajunya berdegup. Sarah, calm down.’

“Sarah sedap gulai ni. Pandai awak masak,” puji Rifqi.

“Mana tau Sarah yang masak?” tanya Sarah terkejut menerima pujian Rifqi. Hatinya berbunga suka.

“Aunty K yang cakap tadi. Nasi ni pun pandai awak masak. Sedap elok masaknya,” puji Rifqi lagi.

“Ini mama yang ajar. Sarah ikut je resepi mama,” balas Sarah.

“Ada juga bakat masak. First time try. Jadi kan. Mama Sarah dulu berkali-kali try. Ulang-alik umah Aunty Zie. Papa hantar,” Dato Shamsul membuka cerita.

Practice makes perfect kan,” giliran Datin Kharidah membela diri.

“Kalau sedap tambah Iqi. Jangan segan. Ni memang masak untuk kamu,” kata Dato’ Shamsul.

Sarah menoleh ke arah papanya. Di pinggan papanya ada nasi putih dan lauk ayam masak kicap.

‘Bukan tadi mama kata papa request nak makan nasi dagang. Bila mama masak ayam masak kicap?’

Sarah meneruskan suapan.

‘Sedap juga nasi dagang aku ni. Yesss…lulus!’ Jeritan yang hanya Sarah dengar dalam hati.

12 comments:

  1. Pheewiittt~ Sarah dah tau masak makanan favourite Rifqi... Hehe...

    Iqi, do something please... Tak syok laa mak² je yg aturkan dr awal... Iqi kena bertindak jgk ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi Iqi dah nak back off tu sebab dia tersalah faham. Dia ingat mak dan mama Sarah tengah plan majlis kahwin Sarah dengan orang lain. Masa dia sampai rumah tu mak dan mama Sarah dah bincang hujung-hujung. So nak Iqi fight atau tarik diri?

      Sarah memang tak tau langsung plan mama dia.

      Delete
    2. Either way pun okay Kak sha... Cumanya iqi kena jgk buat something yg tunjuk dia serious dengan Sarah... Walaupun selepas dia tahu plan tu sebenarnya untuk mereke berdua... Hehe

      Delete
    3. Hmm Iqi kena buat plan ni, bukan senang nak pikat anak gadis orang kan.. kita tengok macam mana caranya...

      tetiba teringat satu lagu kanak-kanak 'kalau anda gembira tepuk tangan...'

      Delete
  2. Nak pikat rifqi, mulakan dengan perut dia. Bagus bagus. Cepat bertindak rifqi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua-dua mau..tapi malu, ada rama-rama dalam hati dengan taman yang cantik..



      Delete
    2. Rifqi kena mulakan langkah. Jangan tunggu lama-lama Rifqi. Go go Rifqi

      Delete
    3. Iqi akan lebih bersemangat lepas ni. Tq Eifa.

      Delete
    4. hehe txs for the update. Go Iqi jgn lambat nak tak dapat... hehe

      Delete
    5. terima kasih Rozita.

      Iqi sedang susun strategi ni...doakan berjaya

      Delete

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim